Eh..nkorang jgn pelik lak..npe tiba2 kuar iklan susu kambing ni. Jangan silap ye..Lynne Shopping House tak jual produk ni..tapi nkorang memang digalakkan minum susu kambing ni..sebab khasiat dia memang power. Nak tau detail klik le JZBW BioHerbs Online Business . Macam2 ada.
Entry ni ada disini sebab LSH (Lynne Shopping House) nak join give away ni la. Nak join kena citer pasal kambing..ahak.dah lama nak join tapi busy giler..
Citer pasal kambing ni LSH teringat satu kisah dari bonda kesayangan masa zaman LSH comel2 dulu. Kisah antara kasih sayang ibu dan anak (apalak kena mengena kambing..he..he). Kata mak kisah berlaku di zaman komunis ni.. nenek saudara mak (moyang saudara aku la tu) ada bela sekor kambing kesayangan.. Nak jadi citer satu-satunye anak lelakinye (tok saudara aku la tu) telah hilang..di larikan masa bermain-main di luar rumah.(zaman dulu pun dah ada kes org hilang ni). Maka merindulah ibunya mengharapkan anaknye dijumpai dan kembali ke sisinya. Dek kerana terlalu sayang ibunya telah bernazar, sekiranya anaknya kembali dia akan sembelih kambing kesayangannya untuk dibuat kenduri.. Namun masa berlalu. tahun berganti tahun..kambing tu pun dah makin tua..anaknye tetap tak kembali (mak kata janggut kambing pun dah cecah tanah..(puas cari gambor kambing janggut cecah tanah..tapi tak jumpa..hu..hu)
Sampailah ke akhir hayatnye..ibunya meninggal dunia..dan kambing tu pun meninggal tak lama lepas tu.. anaknye tetap tidak kembali...(mula-mula ingat mak reka cerita tapi biler air mata mak bergenang je bercerita LSH tahu ia kisah benar).
Dan sekarang bile LSH dan besar panjang ni Mak masih tetap dengan kisah kambingnye , kali ni dia slalu suruh dan ingatkan LSH minum susu kambing dengan kurma..katanya insyaallah akan dikurniakan zuriat..
So teringin gak nak menang ..ahaks....mana tau lepas dapat percuma boleh beli slalu..ye tak..gegeerge
So jomle join ramai2.. syarat nak join senang je..
1. Perlu menjadi follower JZ Business World.
2. Buat 1 entry berkenaan kambing. Tak kisahlah cerita lawak ke, cerita benar ke atau apa2 aje..
3. Copy banner yang ada gambar hadiah yang bakal dimenangi di atas tu ke entry dan sidebar.
4. Letak link JZ pada blog list anda.
4. Tag 1st Give Away by JZ ni kepada 3 orang rakan blogger anda. Ianya untuk memeriahkan lagi contest ni. 3 orang rakan blogger anda ni tak semestinya kena join contest ni untuk anda memenangi give away ni. Ianya bukan syarat utama untuk menang give away ni. (Berapa banyak 'ni' laaa..)
LSH tag : Blog Mama Aqilah
5. Tinggalkan link anda pada Buku Tetamu JZ dan di kotak komen di bawah entry tu untuk JZ tahu penyertaan anda.
6. Pemenang akan ditentukan oleh JZ berdasarkan entry terbaik. Tetapi sekiranya semua entry adalah baik-baik belaka, maka cabutan undi akan dilakukan untuk menentukan pemenangnya.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 11.59 p.m. @ 20 NOVEMBER 2010 (SABTU)
2 madah pujangga:
testing
goodluck on the contest! :D
Post a Comment